Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada gambar 2?

 
Di dalam gambar ini terdapat banyak murid-murid. Mereka sedang bermain permainan tradisional bernama congkak. Mungkin mereka bosan atau mereka hendak merapatkan hubungan mereka. Aktiviti ini mungkin dilakukan di sekolah kerana mereka sedang memakai baju sekolah.Mungkin mereka membuat aktiviti itu pada waktu sekolah kerana mereka sedang memakai baju sekolah. Mereka melakukan aktiviti itu mengunakan guli dan tempat untuk meletak guli itu , Mungkin mereka telah bertanding bersama-sama.
Jika saya berada dalam situasi mereka saya akan berasa gembira kerana saya dapat main congkak saya juga suka bermain congkak.
Watak yang menarik perhatian saya ialah yang perempuan ada rambut pendek yang sedang mengambil guli kerana dia sedang bermain congkak.
nilai-nilai yang cuba ingin diberitahu ialah untuk bermain sama kawan-kawan untuk merapatkan hubungan mereka dan untuk bermain mainan tradisional supaya permainan tradisional tidak akan jadi pupus.
Terima kasih kerana membaca blog saya :)

No comments:

Post a Comment